Jan 15, 2010

MILAH

1 comments

Milah bangun. Memandang ke luar jendela. Dunia di luar sana Milah lihat sangat indah. Tapi, Milah masih belum mampu nak turut sama turun menikmati dunia itu.

“Milah, kalau betul, Milah tak boleh lupakan dia, kenapa Milah tak pertahankan dia, nak. Kenapa Milah lepaskan dia pada orang lain?” pertanyaan mak buat Milah menangis dalam hati.

“dia sudah tiada dalam fikiran Milah, mak!”

Milah sangat berharap, mak tidak meneruskan lagi pertanyaan-pertanyaan yang menyentap jiwanya lagi. Milah menipu maknya. Milah menipu dirinya sendiri. Biarlah apa jadi. Yang Milah tahu, rama-rama tuh mati kerana tak cukup oksigen.

“Bodohnya aku, mak! Rama-rama pun aku tak pandai jaga!”

“Milah, Milah..semoga keputusan kau kali ini betol nak!”

“Mak, mak percaya tak, kalau Milah cakap. Eh, Milah cuma nak ulang apa yang orang cakap. Mak dengar yer. Mak, Adam dan Hawa tuh kan Mak, bercinta bermula di syurga. Angkara iblis, terpisah mereka menderita. Jadi, tak payah lah Mak tanya Milah, soalan yang Milah sendiri tak pandai nak jawab, Mak”

Mak melangkah pergi dengan kerut muka, yang tak sempat Milah nak kira.

Kerana setia, mereka bertemu kembali di dunia, Mak. Milah bersuara dalam hati..

Dec 20, 2009

sa'adah

0 comments
kebahagiaan, bukan bole diukur dengan mata kasar...kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Jadi, dalam keadaan apa pun. maka "senangkanlah hatimu!" Jangan pernah bersedih!!
Jadi, ingatkan ini. -"orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

itulah kebahagiaan yang sebenar...itulah sa'adah sebenar...

Dec 10, 2009

otak ku,isipadunya SIFAR

0 comments
seseorang datang kepada aku. dia menunding satu jarinya pada aku. dia bilang, aku tidak berinya kekuatan untuk berubah.

aku berpikir. patotkah begitu? salah aku ke? kamu tidak perlu kekuatan aku untuk berubah.
kamu pikirkan saja, apa yang kamu mahu. bila kamu menginginkan sesuatu, pasti kamu berusaha untuk berubah.

dengan gile bangganya dia. dia bilang lagi. untuk apa dia usaha berubah, kalau aku tidak berikan kekuatan itu.

nah, lihat tuh, masih menyalahkan aku. uhuhuhu.

otak aku, isipadunya sifar. kosong. tak pasti apa masalah kamu. kamu bole terjun dengan labu-labu kamu dan cari kekuatan lain untuk kamu berubah!. dang, hentakkan pintu. sudah tutup yer..

sila datang esok pagi, untuk dapatkan rawatan mental!! hahahha

Dec 9, 2009

tak sedih..

3 comments
" u tak sedih ke, i nk p saghawak?"
" tak. bukannya u pegi mati pun "
" tunngu i balik k "
" k, i tunggu u "

bila i balik.. u dah berdua dgn yg lain.
patotlah tak sedih.

Nov 27, 2009

pertama kali

0 comments
hati memang berat nak balik ke Johor. kepulangan aku, hari itu pun tak ada siapa yang tahu. ma mahupun ayah, tak ada siapa yang tahu. aku diamkan tentang kepulangan aku.

pukul 12 tengahari, belon mendarat di tanah selatan. dengan berat hati, aku turun, melangkah masuk perkarangan epot.

sms *dah sampai JB. aku blur lah. xtau nk kemana*

dua jam aku membatu dalam epot. melayan perasaan dalam Coffee Bean. Ain telefon. dan buat pertama kali, aku menangis di khalayak ramai. tanpa pedulikkan mamat dan minah Coffee Bean, aku lepaskan semua. aduh, ada rasa malu tapi, kena lepaskan jugak.

"kau kena kuatkan semangat, Zurie!"
"IsnyaAllah, doakan aku ek"

selepas kali pertama itu, aku tidak lagi menangis. di depan mahupun di belakang sesiapa. walaupun kadang2 mereka curi-curi pandang, nak lihat apa reaksi aku, aku cuba berlagak biasa.

hehehe tapi, biasalah. kemampuan, kekuatan manusia itu terbatas. pada zahir aku tidak mengtangisi ini, tapi jauh dalam hati masih menangisinya.

sedih? mahu bertukar posisi sama aku? silakan..cuba rasa sekali!

Nov 14, 2009

beTUL ~ insyaAllah~

0 comments
Z-N : jgnlah risau...aku ok
Z-F : uwaAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Z-N : jgnlah nanes **N. t, aku nanes jugak.
Z-F : ko cakap mmg lah ko rasa ok. aku tak nak ko kecewa lagi.
Z-N : thankss...( terharu, mcm nk nanes...tp cukup-cukuplah ). ;p
Z-F : tapi ko tu degil.
Z-N : insyaAllah...aku tau apa patot aku buat pasnie. ( pasti ke? )
Z-F : dari dulu sampai skang degil! aku harap lepas ni ko betul.
apapun yang ko nak buat, aku harap ko buat yang betul.

~pada suatu petang yang indah. dihadapan skrin komputer riba itu. sob sob sob ~

Nov 13, 2009

cinta SEKERAT JALAN

0 comments
aku sangka CINTA kita sampai ke mati
rupanya panas tak sampai ke petang, ada hujan ribut petir di tengahari
itu semua kerja Tuhan
manusia tak boleh nak jadi Tuhan...
bukan manusia yang tentukan hubungan seseorang dgn seseorangan yang lain sampai ke mana.
bukan manusia yang tentukan jodoh seseorang..
bukan manusia yang tentukan..apa saja.. semua itu kerja Tuhan.

aku tak sangka CINTA kita cuma SEKERAT JALAN
sekerat manapun,
itulah pengalaman,
itulah kenangan,
itulah dugaan, cobaan

jelas, CINTA kita cuma sekerat jalan...
tiada sambungan lagi...

p/S: apa? lu ingat ini line tepon ke..? kena barred, setel bil then sambong? ahakss... DEMMM!

buKan "fRidAy niTe- LiLy AlleN"

buKAN tIDAK SukA

buKAN tIDAK SukA

bUkaN SuaTu yg Luar biASa

bUkaN SuaTu yg Luar biASa

bUkAN tiDaK SuKA

bUkAN tiDaK SuKA

buKan BiaSa-biaSa pUnye FoLLoweRS

 

buKan BLOG aKU!! Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez Blogger Templates